Assalamualaikum...
Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang kepada saudara & saudari kerana sudi meluangkan masa ke Laman Web Rasmi JPS Kedah Darul Aman. Sebagaimana kita sedia maklum, Perkembangan dan pengaruh dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Pelaksanaan tugas harian, aktiviti ekonomi, proses pendidikan serta kegiatan sosial masyarakat telah mengalami perubahan besar kesan dari ledakan teknologi ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini dan berazam untuk memanfaatkan lagi teknologi ini dengan memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara lebih cekap dan berkesan serta menepati keperluan pelanggan jabatan.
Kandungan maklumat di dalam laman web ini mengenai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah supaya dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan yang berguna kepada semua pengguna. Laman web ini diharap dapat memberi impak kepada semua warga jabatan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Saya mengalu-alukan pandangan yang membina daripada pengguna untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan melalui laman web ini.
Selamat melayari laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah.
Sekian, terima kasih.
...........Ahmad.....................
Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto
Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri,
Kedah Darul Aman.
Assalamualaikum...
First of all, I would like to welcome my brothers & sisters for taking the time to visit the Official Website of JPS Kedah Darul Aman. As we all know, the development and influence in the field of Information and Communication Technology (ICT) in the aspect of our lives now is very significant. The implementation of daily tasks, economic activities, educational processes and social activities of the community have experienced major changes as a result of this technological explosion.
The Kedah Irrigation and Drainage Department is sensitive to the changes that occur in this environment and is determined to take advantage of this technology by providing information and providing services more efficiently and effectively and meeting the needs of the department's customers.
The content of the information on this website is about the various services provided by the Kedah Irrigation and Drainage Department so that it can be used as a useful reference and guide for all users. This website is expected to have an impact on all members of the department to provide better services.
I welcome constructive views from users to further strengthen the management of information and facilities provided through this website.
Welcome to the Kedah Irrigation and Drainage Department website.
Thank you.
...........Ahmad....................
Ir. Ahmad Solihin Bin Budarto
Director,
State Irrigation and Drainage Department,
Kedah Darul Aman.